WARGA EMAS PDF Print E-mail

WARGA EMAS

  • Definisi Warga Emas

Berumur 60 tahun ke atas berpandukan takrifan yang dibuat di World Assembly On Ageing 1982 di Vienna.

  • Sambutan Hari Warga Emas

Bangsa-Bangsa Bersatu melalui Resolusi No. 45/106, mengisytihar 1 Oktober sebagai
Hari Warga Tua Antarabangsa. Kerajaan Malaysia pada tahun 1992 telah mengisytiharkan setiap 1 Oktober sebagai Hari Warga Tua Kebangsaan.

  • Dasar Berkaitan
  • Dasar Warga Tua Negara
  • Pelan Tindakan Dasar Warga Tua

    Peranan Pegawai Kebajikan Masyarakat
  • Memberikan perkhidmatan yang berkaitan bagi memastikan warga emas hidup dalam keadaan sejahtera termasuklah dari segi menerima dan memproses kemasukan secara sukarela ke institusi yang berkaitan.
  • Menjalankan operasi menyelamatkan pengemis dan kuturayau serta memberikan perkhidmatan perlindungan dan pemulihan di dalam institusi yang berkaitan.
  • Memantau aktiviti dan perjalanan bagi Pusat Jagaan Persendirian yang berdaftar dengan jabatan bagi memastikan setiap penghuni dan pusat jagaan tersebut mematuhi spesifikasi yang telah ditetapkan oleh peraturan dan undang-undang jabatan.
  • Menerima laporan dan membuat siasatan tentang kes keganasan rumahtangga serta memberikan perlindungan yang sewajarnya kepada mangsa.

    Perkhidmatan Institusi

Terdapat 2 jenis institusi di bawah seliaan jabatan yang memberi penjagaan dan perlindungan kepada warga emas yang memerlukan tempat perlindungan sewajarnya:-

  • Rumah Seri Kenangan
  • Rumah Ehsan

    Rumah Seri Kenangan (RSK)
  • Kemasukan secara sukarela
      • Daif dan berumur 60 tahun keatas
      • Tidak menghadapi penyakit berjangkit
      • Tidak mempunyai waris/sanak saudara
      • Tidak mempunyai tempat tinggal yang tetap
      • Berupaya menjaga diri sendiri
  • Kemasukan secara perintah Mahkamah
      • Tahan sementara - Seksyen 3(2), Akta Orang Papa 1977
      • Tahan Tetap - Seksyen 3(4)(tidak melebihi 3 tahun), Akta Orang Papa 1977
  • Senarai Rumah Seri Kenangan
  • RSK Kangar
  • RSK Ulu Kinta
  • RSK Cheras
  • RSK Seremban
  • RSK Cheng
  • RSK Johor Bahru
  • RSK Kemumin
  • RSK Kuching

    Rumah Ehsan (Rumah Pesakit Melarat)
  • Syarat-syarat kemasukan:
      • Berumur 60 tahun keatas
      • Tidak berupaya menjaga diri sendiri
      • Tidak mempunyai waris/penjaga
      • Tidak menghidapi penyakit berjangkit
      • Tidak ada sumber pendapatan atau tidak boleh menyara diri sendiri
  • Cara Permohonan
  • Permohonan boleh dibuat dengan hadir terus ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian di mana pemohon tinggal. Sekiranya pemohon menghadapi kesukaran untuk hadir ke pejabat, permohonan boleh dibuat menerusi surat, telefon atau emel.
  • Untuk memudahkan urusan pentadiran, pemohon boleh membawa :
    • Salinan kad pengenalan pemohon dan ahli keluarga yang tinggal bersama;
    • Salinan penyata gaji (jika ada)
  • Gambar ukuran passport
  • Dokumen sokongan (pakar perubatan dll)
  • Keputusan permohonan akan dimaklumkan selepas dua (2) bulan permohonan lengkap diterima
  • Senarai Rumah Ehsan
  • RE Dungun,Terengganu
  • RE Kuala Kubu Baru, Selangor
  • Kaedah
  • Kaedah-kaedah bagi Pengurusan Rumah Orang-orang Tua 1983
  • Kaedah-kaedah Pengurusan Rumah Pesakit Melarat 1978
  • GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PUSAT JAGAAN HARIAN WARGA TUA

    Objektif
  • Objektif Garis Panduan ini adalah:-
    • Sebagai panduan kepada organisasi pelaksana dalam pengurusan dan pengendalian sebuah Pusat Jagaan Harian Warga Tua.
    • Meningkatkan pengetahuan dan kesedaran masyarakat mengenai program Pusat Jagaan Harian Warga Tua.
    • Menentukan pengurusan pusat Jagaan Harian Warga Tua menepati kualiti perkhidmatan yang ditetapkan demi manfaat warga tua.
  • Konsep
  • Program Pusat Jagaan Harian Warga Tua bertujuan untuk memberi satu kemudahan penjagaan harian kepada warga tua terutama bagi mereka yang tinggal keseorangan semasa ketiadaan ahli keluarga atau penjaga kerana keluar bekerja. Dengan cara ini, warga tua dapat terus hidup dengan keluarga sendiri dan penjaga mendapat khidmat sokongan dalam jagaan warga tua yang lebih terjamin. Berbagai aktiviti disediakan bagi membolehkan warga tua belajar berdikari, berinteraksi sesama mereka dan dengan masyarakat tempatan, memperolehi pengetahuan dan kemahiran serta terus dapat menyumbang khidmat sukarela kepada masyarakat.
  • Dalam menentukan kejayaan progam ini, pertubuhan sukarela kebajikan merupakan satu jentera sokongan dalam meningkatkan keberkesanan program di Pusat Jagaan Harian Warga Tua. Oleh itu, pelaksanaan program ini dipertanggungjawabkan kepada pertubuhan sukarela kebajikan yang berkaitan seperti Majlis Pusat Kebajikan Semenanjung Malaysia yang memainkan peranan penting dalam memenuhi keperluan golongan warga tua di negara ini. Disamping itu, masyarakat tempatan juga digalakkan untuk melibatkan diri secara aktif atau memberi apa jua sumbangan supaya program Pusat Jagaan Harian Warga Tua ini benar-benar dapat mencerminkan penglibatan menyeluruh semua pihak dalam menjamin kebajikan dan kesejahteraan golongan warga tua.
  • Waktu Operasi

Hari            :    Pusat dibuka setiap hari kecuali hari Ahad dan Cuti Awam
Masa          :    Dari pukul 7.30 pagi hingga 5.30 petang
(Waktu operasi bergantung kepada keadaan dan keperluan tempatan)
Kehadiran   :    Warga tua boleh menikmati kemudahan di pusat Jagaan Harian Warga
Tua sepenuh masa mengikut masa ditetapkan atau secara ”walk-in” dimana mereka datang untuk mengikut aktiviti tertentu sahaja.

  • Kumpulan Sasar

Warga Tua yang boleh diterima untuk mengikuti aktiviti dan program di pusat jagaan Harian Warga Tua adalah :-

    • Warga tua yang berumur 56 tahun keatas (umur persaraan).
    • Warga tua yang sihat dan dapat menguruskan diri tanpa bantuan.
  • Aktiviti

Berbagai aktiviti boleh dirancangkan untuk mengisi masa warga tua di Pusat Jagaan Harian Warga Tua secara produktif dan yang dapat memberi manfaat kepada warga tua itu sendiri. Apa yang penting adalah aktiviti yang dirancangkan hendaklah memenuhi keperluan warga tua tempatan serta bersesuaian dengan keadaan dan persekitaran dan tempat. Sebagai contoh, sekiranya penduduk kawasan/Daerah Pusat Jagaan Harian Warga Tua lebih kepada bangsa melayu, maka aktiviti yang dirancangkan hendaklah bertepatan dan bersesuaian dengan kehendak dan keperluan warga tua Melayu.
Berbagai program dan aktiviti boleh dirancangkan untuk memenuhi keperluan warga tua semasa berada di PJHWT. Antaranya adalah:-

Rekreasi                              -    ruang membaca, kelas tari, Menari/menyanyi, bermain alat muzik
Sukan                                  -    kegiatan sukan, bersenam, tai chi, chi Gong,
berjalan kaki, Reflexology
Kesihatan                             -    khidmat pemeriksaan kesihatan (penyakit, mata, gigi) dengan bantuan pakar perubatan Hospital Kejaan/swasta, ceramah kesihatan, program cara hidup sihat.
Terapi/Pemulihan                -    terapi muzik, penggunaan alat terapi, Horticulture, menanam sayur-sayuran/herba
Keagamaan                         -    ceramah agama, kelas mengaji
Latihan/Kursus                     -    komputer, latihan vokasional yang bersesuaian
Khidmat Sukarela                -    menyumbang kepakaran spt: mengajar Bahasa Inggeris di NGO/Pusat Aktiviti Kanak-Kanak, aktiviti Kitar Semula, memberi khidmat kaunseling oleh mereka yang terlatih/berkelayakan.

Jadual Aktiviti perlu disediakan oleh Penyelia secara mingguan atau bulanan untuk memaklumkan warga tua dan masyarakat supaya persediaan dapat dibuat untuk mereka menyertai aktiviti yang diminati.

  • Pusat Jagaan Harian Warga Emas ( PJHWE )

PJHWE ditubuhkan untuk menyediakan kemudahan kepada warga emas menjalani aktiviti terutama yang tinggal bersendirian semasa ahli keluarga/penjaga tiada di rumah atau keluar bekerja. Urusan boleh dilakukan terus melalui PKMD tersebut. Terdapat 2 PJHWE di negeri Johor iaitu :-

  • PJHWE  Muar
  • PJHWE Kluang

Pusat Jagaan Harian Warga Emas Muar
Aktiviti Pusat Jagaan Harian Warga Emas Muar
- Parit Keroma, Jalan Abd Rahman, 84000, Muar, Johor.
Akitiviti Keagamaan:

  • Kelas Harfiah
  • Kelas Agama
  • Kelas Al-Quran
  • Majlis Berbuka Puasa/Sumbangan Kepada Pelatih PDK
  • Tadarus Al-Quran
  • Tahlil
  • Majlis Sambutan Maal Hijrah
  • Majlis Maulidurrasul

Aktiviti Wanita:

  • Kelas Masakan
  • Kelas Kraftangan

Mesyuarat:

  • Pengendalian Pelbagai Mesyuarat Dalaman Dan Luaran

Program:

  • Program Anak Angkat
  • Ceramah Kesihatan
  • Kem Kesihatan

Pusat Jagaan Harian Warga Emas Kluang

Aktiviti Pusat Jagaan Harian Warga Emas Kluang
- Jalan Haji Manan, 86000 Kluang, Johor
Keagamaan:

  • Sambutan Maulidurrasul

Sosial:

  • Gotong-Royong
  • Senaman Tai-Chi
  • Indoor Games - Ping Pong, Dam Aji, Karom dll
  • Berkebun
  • Majlis Sambutan Tahun Baru Cina
  • Pemeriksaan Kesihatan
  • Karaoke
  • Sukaneka

Wanita:

  • Kelas Memasak
  • Kelas Gubahan
  • Kelas Jahitan
  • Pertandingan Memasak
  • Unit Penyayang Warga Emas

Unit Penyayang Warga Emas merupakan satu perkongsian bijak antara Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dengan Pertubuhan Sukarela Kebajikan iaitu Majlis Pusat Kebajikan Semenanjung Malaysia (MPKSM). Perkhidmatan yang disediakan adalah untuk memberi kemudahan pengangkutan kepada warga emas untuk mendapatkan rawatan atau pemeriksaan kesihatan di hospital/klinik.

  • ORANG PAPA DAN KUTURAYAU
  • Definisi Orang Papa

Seseorang yang didapati mengemis disesuatu tempat awam dengan sebegitu cara hingga menyebabkan atau mungkin menyebabkan kegusaran kepada orang-orang yang lazim mengunjungi tempat itu atau pun hingga mengadakan kacau ganggu.

  • Definisi Peleser

Seseorang peleser yang dijumpai di sesuatu tempat awam, samada atau tidak ia mengemis, yang tidak mempunyai mata pencerian pada zahirnya atau tempat tinggal atau yang tidak dapat menyatakan hal dirinya dengan memuaskan.

  • Jenis-Jenis Operasi
  • Operasi Berkala
  • Operasi Ad-hoc / Aduan Awam
  • Operasi Bersepadu
  • Perkhidmatan Institusi

Kemasukan secara sukarela ke Desa Bina Diri (DBD);

  • Sebuah institusi yang memberi perlindungan dan pemulihan bagi orang papa/kuturayau.

Kemasukan :

  • Seksyen 3, Perintah Mahkamah mengikut Akta Orang Papa 1977
  • Seksyen 4, kemasukan secara sukarela mengikut Akta Orang Papa 1977
  • Mereka yang berumur 60 tahun ke atas akan diberi perlindungan di Rumah Orang-Orang Tua.
  • Mereka yang berumur 18 – 59 tahun dan didapati sihat akan dimasukkan ke Desa Bina Diri.
  • Manakala kanak-kanak dibawah 18 tahun dimasukkan ke Rumah Kanak-Kanak dibawah Akta Kanak-Kanak 2001.

Syarat kemasukan secara umum:

  • Tidak mempunyai sebarang mata pencarian atau tempat tinggal;
  • Berumur antara 18-59 tahun dan didapati masih sihat untuk latihan vokasional; dan
  • Sanggup memenuhi syarat-syarat kemasukan dan Kaedah-Kaedah Rumah Kebajikan Berkaitan.

Perkhidmatan/Kemudahan :

  • Jagaan dan perlindungan
  • Bimbingan dan kaunseling
  • Latihan/aktiviti vokasional
  • Bimbingan agama dan kemudahan beribadat
  • Rekreasi
  • Rawatan perubatan dan jagaan kesihatan

Pembebasan penghuni:

  • Mempunyai orang yang sanggup memberi jagaan dan perlindungan yang sempurna terhadap mereka; dan
  • Mereka berjaya mendapat pekerjaan yang sesuai dan boleh menyara diri sendiri.

Senarai Desa Bina Diri

  • Desa Bina Diri Mersing, Johor
  • Desa Bina Diri Jerantut, Pahang

Akta/Kaedah

  • Akta Orang-Orang Papa 1977
  • Kaedah-Kaedah (Rumah Kebajikan) Orang-Orang Papa 1981



 
Banner
Copyright © 2014 . All Rights Reserved.
Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.