company logo

Perlindungan PDF Print E-mail

1.1 Perlindungan

1.1.1 Perkhidmatan Luar

Pengendalian Kes Kanak- Kanak Yang Memerlukan Pemeliharaan dan Perlindungan

i. Berikut adalah jenis-jenis penderaan dan penganiayaan:

- Fizikal

- Seksual

- Emosi

- Diabaikan

- Dibuang

- Terdampar

ii. Setiap kes yang berkaitan penganiayaan dan penderaan kanak-kanak boleh dirujuk sebagaimana berikut :

- Laporan kepada pihak polis

- Membawa kes yang disyaki didera untuk mendapatkan rawatan di Hospital

- Hubungi Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah yang berada di dalam daerah masing-masing

- Hubungi Talian NUR 15999

iii. Kanak-kanak yang dikategorikan memerlukan pemeliharaan dan perlindungan akan diberi perlindungan dan jagaan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat melalui perintah Mahkamah setelah siasatan berkaitan latarbelakang keluarga dan kanak-kanak selesai.

Pengendalian Kes Anak Pelihara dan Anak Angkat

Permohonan Anak Pelihara

i. Definisi Anak Pelihara

- Seseorang kanak-kanak yang diberi pemeliharaan, jagaan dan kawalan kepada ibu atau bapa pemeliharaan di bawah Perenggan 30 (1) (e) Akta Kanak-Kanak 2001.

- Yang dibenarkan oleh Pelindung di bawah Seksyen 35 atau 27 Akta Kanak-Kanak 2001 mengikut mana-mana yang berkenaan.

ii. Syarat permohonan

- Warganegara Malaysia dan menetap di Malaysia.

- Berusia 25 hingga 60 tahun.

- Perkahwinan secara sah – 5 tahun ke atas kecuali disahkan doctor mempunyai masalah berkaitan kehamilan.

- Peluang untuk dapat anak tipis kerana faktor usia.

- Permohonan bujang dipertimbangkan jika beza umur 21 tahun dan pemohon lelaki dibenarkan memohon anak pelihara lelaki sahaja.

- Mempunyai pendapatan yang boleh menyara keluarga.

- Hendaklah sihat dari segi mental dan fizikal.

- Tidak mempunyai rekod jenayah.

- Memiliki perwatakan dan akhlak mulia.

- Keadaan tempat tinggal yang sesuai dan selamat.

iii. Dokumen-dokumen yang diperlukan

- Gambar ukuran Pasport ( suami / isteri ).

- Surat sokongan / pengesahan dari pegawai perubatan mengenai kesihatan pemohon ( suami / isteri ).

- Salinan Kad Pengenalan ( suami / isteri ).

- Salinan Sijil nikah / Sijil pendaftaran perkahwinan.

- Dokumen lain seperti slip gaji.

iv. Cara memohon

- Sediakan dokumen yang diperlukan.

- Buat permohonan di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah di mana permohon tinggal dan isi Borang Permohonan Anak Pelihara.

Permohonan Anak Angkat

- Penyediaan laporan Guardian Ad Litem kes pengangkatan di Mahkamah Seksyen di bawah Akta Pengangkatan 1952

- Permohonan anak angkat adalah melalui :

- i) Akta Pengangkatan 1952 atau,

- ii) Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952

- Perbezaan di antara kedua-dua akta tersebut adalah seperti berikut:

Butiran Akta Pengangkatan 1952Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952

1. Pemohon Bukan Islam Sahaja Terbuka (Islam & Bukan Islam).

2. Taraf Perkahwinan Pemohon Wujud perkahwinan yang sahWujud perkahwinan yang sah.

3. Saluran/Agensi Mahkamah Sesyen Jabatan Pendaftaran Negara18 tahun ke bawah.

4. Kelayakan umur Anak Angkat 21 tahun ke bawah.

sek.6(1), sek.2 Ibubapa angkat berumur 25 tahun ke atas dan sekurang-kurangnya 18 tahun lebih tua dari anak angkat.

5. Syarat umur minimum ibubapa angkat yang dibenarkan Ibubapa angkat berumur 25 tahun ke atas dan sekurang-kurangnya 21 tahun lebih tua dari anak angkat,

atau

Ibubapa angkat berumur 21 tahun tetapi salah seorang dari mereka itu waris kanak-kanak atau ibu/bapa kandungnya

sek.10(2)a,b,c

atau

Ibubapa angkat berumur 21 tahun tetapi salah seorang dari mereka itu waris kanak-kanak atau ibu/bapa kandungnya

sek 4(1) a,b,c

Anak angkat sudah berada dalam jagaan dan saraan berterusan selama tidak kurang 2 tahun.

6. Tempoh jagaan diwajibkan Anak angkat sudah berada dalam jagaan dan saraan berterusan selama tidak kurang 3 bulan.

sek 6(1)

sek 4(4)a Anak angkat dan ibubapa angkat bermastautin di Malaysia.

7. Taraf kediaman Anak angkat dan ibubapa angkat bermastautin di Malaysia.

sek.10(3)

sek.4(3) Izin bersurat diperolehi di hadapan Majistret atau Pesuruhjaya Sumpah.

8. Izin Bersurat Izin bersurat diperolehi di hadapan Majistret atau Pesuruhjaya Sumpah

atau

Pengecualian izin diperolehi dari Pendaftar

sek.6(1)b

atau

Pengecualian izin diperolehi dari Mahkamah

sek.5(1),(2) Pengakuan sama ada mana-mana pihak memberi/menerima hadiah/wang sebagai balasan diperlukan semasa memohon pendaftaran.

9. Bayaran wang Jika berlaku pemberian/penerimaan wang ianya hendaklah dilapor kepada mahkamah

Butiran 10 Jadual 1

sek.6c, 13(1)Tiada perbekalan dalam akta

10. Keupayaan Ibubapa angkat Kedua ibubapa angkat memelihara dan memberi saraan kepada anak angkat

sek.13(1)c

Tiada perbekalan dalam akta

11. Persetujuan memeliharaIbu dan bapa angkat hendaklah bersepakat memelihara dan memohon ke mahkamah

sek.5(1)Tiada sebarang larangan mengenai permohonan dari ibu atau bapa angkat yang hidup membujang

12. Permohonan dari ibu atau bapa angkat secara berseorangan Seorang lelaki bujang dilarang memelihara anak angkat perempuan, kecuali dalam keadaan kecemasan atau pemohon adalah waris kanak-kanak

Tiada larangan wanita bujang memelihara anak angkat

sek 4(2)

- Pihak JKM berperanan dalam menyediakan Laporan bagi tujuan pengangkatan di bawah Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952, sekiranya diminta oleh Pendaftar dari Jabatan Pendaftaran Negara dan bertindak sebagai Guardian Ad Litem di mahkamah di bawah akta Pengangkatan 1952

- Untuk penjelasan lanjut, sila hubungi Bahagian Kanak-Kanak, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Johor.

n Program Khidmat Sokongan Saksi

· Projek Khidmat Sokongan Saksi

Mulai 1 Julai 2003 - Perkhidmatan KSS sebagai projek perintis di Mahkamah Seksyen dan Majistret, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.

· Apakah Khidmat Sokongan Saksi

Di Malaysia dimodelkan mengikut Witness Support Service di Britain yang dikendalikan oleh sebuah NGO bernama Victim Support, sebuah organisasi yang memberi sokongan kepada mangsa jenayah, termasuk kanak-kanak dan orang dewasa.

· Peranan

- Menyediakan perkhidmatan bagi mengurangkan kebimbangan dan trauma kanak-kanak yang menjadi saksi

- sebagai saluran komunikasi di antara pihak polis, pendakwa dan kanak-kanak yang terlibat.

· Rasional

Kanak-kanak yang menjadi saksi di mahkamah menghadapi suatu pengalaman yang menakutkan dan membingungkan. Perasaan ini adalah disebabkan oleh faktor-faktor berikut:-

- Kekaburan mengenai peranan mereka sebagai saksi

- Kurang pengetahuan mengenai prosedur mahkamah, peranan kakitangan mahkamah dan susunatur mahkamah

- Seringkali perlu menunggu lama, kadang-kadang berhampiran dengan tertuduh, keluarga atau penyokongnya yang menyebabkan saksi merasa terancam

- Saksi kanak-kanak mungkin tidak memahami atau merasa tidak bersedia untuk proses pemeriksaan balas di mahkamah

- Merasa takut apabila berada di kandang saksi dan kehadiran di kawasan mahkamah

- Memberi keterangan di mahkamah itu sendiri adalah suatu pengalaman yang sukar

· Peranan dan tanggungjawab Pekerja Khidmat Saksi

Perkhidmatan ini adalah percuma dan sulit serta dikendalikan oleh pekerja yang terlatih. Pekerja Khidmat Saksi tidak akan berbincang tentang kes berkenaan atau memberi sebarang nasihat undang-undang. Peranan Pekerja Khidmat Saksi adalah:-

- Memberi maklumat tentang prosedur mahkamah

- Menawarkan sokongan emosi kepada saksi serta keluarga.

- Memenuhi mereka ke dalam mahkamah.

- Mewujudkan perhubungan menolong secara peribadi berkaitan perbicaraan tetapi bukan tentang keterangan kes.

- Lawatan ke mahkamah sebelum perbicaraan untuk membiasakan diri dengan susunatur mahkamah.

- Persiapan untuk menerima sebarang keputusan mahkamah mengenai kes atau perkara lain.

- Bantuan praktikal seperti pengangkutan ke mahkamah.

· Permohonan Khidmat Saksi

- Permohonan boleh terus merujuk pekerja khidmat saksi di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah atau penyelaras khidmat sakdi di JKM Negeri.

Penglibatan Komuniti Setempat ( Pasukan Perlindungan Kanak-Kanak)

Pasukan Perlindungan Kanak-Kanak (PPKK) ditubuhkan di negeri dan daerah berfungsi sebagai sistem sokongan kepada perkhidmatan perlindungan kanak-kanak. Di antara aktiviti yang dikendalikan oleh PPKK ialah Pusat Aktiviti Kanak-Kanak (PAKK) yang dirancang dan dilaksanakan mengikut keperluan masyarakat setempat.

Contoh-contoh program dan aktiviti yang dijalankan ialah mengadakan pusat jagaan, kelas tuisyen, khidmat kaunseling, kelas komputer dan kursus pengasuhan dan perkembangan kanak-kanak.


Usaha ini dilakukan untuk membantu mencegah kes-kes penganiayaan dan pengabaian kanak-kanak, ponteng sekolah, kerosakan akhlak dan lain-lain masalah sosial. Sehingga kini terdapat, terdapat 8 buah PPKK dan 10 PAKK di Negeri Johor.


Program PAKK ini memberi faedah dan manfaat kepada kanak-kanak yang tinggal di dalam komuniti sekitar PAKK.

Pusat Aktiviti Kanak-kanak (PAKK)

Penubuhan PAKK merupakan satu usaha yang menyeluruh dan lebih sistematik dan berkesan dalam usaha mencegah ke penganiayaan dan pengabaian kanak-kanak. PAKK merupakan program / perkhidmatan sokongan anjuran Pasukan Perlindungan Kanak-kanak.


PAKK diwujudkan mengikut keperluan setempat. Pasukan Perlindungan Kanak-kanak perlu mengenalpasti isu yang ketara dalam sesuatu kawasan dan menentukan peringkat umur kanak-kanak yang memerlukan perkhidmatan. Ini akan membantu dalam penyediaan program dan tempoh masa PAKK patut dijalankan.


PAKK boleh dibuka sepanjang hari, atau untuk tempoh masa yang tertentu sahaja. Premis yang digunakan boleh disewa atau didapatkan dengan percuma dangan kerjasama Majlis Tempatan, Jawatankuasa Penduduk Setempat atau bantuan / sokongan dari perseorangan.

Objektif penubuhan PAKK adalah untuk menganjurkan program dan perkhidmatan sokongan bercorak pencegahan dan perlindungan terutama bagi kanak-kanak yang dianiaya oleh keluarga mereka. Keanggotaan PAKK terdiri daripada jawatankuasa Kecil yang dilantik oleh Pasukan Perlindungan Kanak-kanak.


Jawatankuasa Kecil ini terdiri daripada tidak kurang dari tujuh orang ahli dan tidak lebih daripada lima belas orang.

Peranan PAKK dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Pasukan Perlindungan Kanak-kanak

1. Tempat perlindungan : Menyediakan pelbagai aktiviti yang sesuai dengan peringkat umur kanak-kanak.

2. Pusat advokasi : Mengadakan ceramah / kursus pendek kepada masyarakat, ibu bapa dan kanak-kanak.

3. Pusat sumber : Menyediakan bahan bacaan / rujukan untuk kanak-kanak.

4. Pusat Pembelajaran : Kelas bimbingan / komputer / kelas keagamaan / kelas lukisan /  kelas drama / pidato / deklamasi sajak.

5. Pusat Intervensi Krisis : Menyediakan sesi kaunseling.

6. Pusat Sosial / Sukan / Rekreasi : Sukan / riadah / program kebudayaan / kesenian dan sebagainya.

1) Nama PPKK : PASUKAN PERLINDUNGAN KANAK-KANAK DAERAH JOHOR BAHRU

Nama PAKK : PUSAT AKTIVITI KANAK-KANAK KAMPUNG SKUDAI KIRI

2) Nama PPKK : PASUKAN PERLINDUNGAN KANAK-KANAK DAERAH MUAR

Nama PAKK : PUSAT AKTIVITI KANAK-KANAK DAERAH MUAR

3) Nama PPKK : PASUKAN PERLINDUNGAN KANAK-KANAK DAERAH BATU PAHAT

Nama PAKK : PUSAT AKTIVITI KANAK-KANAK SERI PENGGARAM

Nama PAKK : PUSAT AKTIVITI KANAK-KANAK KG. KENANGAN DATO’ ONN

4) Nama PPKK : PASUKAN PERLINDUNGAN KANAK-KANAK DAERAH KLUANG

Nama PAKK : PUSAT AKTIVITI KANAK-KANAK BANDAR KLUANG

5) Nama PPKK : PASUKAN PERLINDUNGAN KANAK-KANAK DAERAH PONTIAN

Nama PAKK : PUSAT AKTIVITI KANAK-KANAK DAERAH PONTIAN

6) Nama PPKK : PASUKAN PERLINDUNGAN KANAK-KANAK DAERAH SEGAMAT

Nama PAKK : PUSAT AKTIVITI KANAK-KANAK BUKIT SIPUT

Nama PAKK : PUSAT AKTIVITI KANAK-KANAK TEMENGGONG

7) Nama PPKK : PASUKAN PERLINDUNGAN KANAK-KANAK DAERAH KOTA TINGGI

Nama PAKK : PUSAT AKTIVITI KANAK-KANAK DAERAH KOTA TINGGI

8) Nama PPKK : PASUKAN PERLINDUNGAN KANAK-KANAK DAERAH MERSING

Nama PAKK : PUSAT AKTIVITI KANAK-KANAK BANDAR MERSING

 


Hakmilik Terpelihara © 2010 - 2012 Laman Rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Johor.
Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 7 dan Mozilla Firefox 3 ke atas atau Google Chrome dengan resolusi melebihi 1024 x 768 pixel
Dibangunkan dan dikemaskini oleh Unit Teknologi Maklumat, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Johor